PROSES BIOSINTESIS ENZYMATIK

Inulintech Industry Sdn Bhd menghasilkan bahan ramuan makanan prebiotik InulinFOS 1.2X melalui proses biosintesis enzim hasil inovasi dan teknologi terbaru hasil kerjasama Universiti Malaysia Pahang.

Dengan proses khusus ini enzim yang digunakan dihasilkan khas oleh penyelidik untuk menambah kecekapan proses pembentukan bahan prebiotik semula jadi tanpa melalui proses yang rumit dan tanpa penggunaan bahan kimia industri merbahaya.

Penciptaan inovasi biosintesis ini membawa peluang besar untuk idnustri makanan dan minuman dalam negara dalam menambah nilai produk dari segi ciri khasiat kesihatan dan menambah kualiti akhir produk

KELEBIHAN PROSES

Proses yang lebih selamat tanpa penggunaan bahan kimia industri yang biasa digunakan dalam penghasilan prebiotik.

Dengan inovasi ini ketulenan produk akhir prebiotik InulinFOS 1.2X berjaya ditingkatkan kepada 98% berbanding kadar biasa iaitu 90- 95%.Ciri paling istimewa adalah tahap kemanisan lebih 1.2 kali ganda dari gula biasa.

Melalui proses biosintesis enzimatik khas ini kos penghasilan bahan prebiotik dapat dikurangkan dengan hasil akhir yang lebih berkualiti.

SELAMAT UNTUK PENGGUNA DAN ALAM SEKITAR

Kami di Inulintech Industry Sdn Bhd amat mementingkan kesan dan keselamatan kepada pengguna dan juga alam sekitar.

Penghasilan ramuan prebiotik InulinFOS 1.2X tidak menggunakan bahan pemangkin industri dan ini menjadikan InulinFOS 1.2X selamat untuk pengguna akhir produk.Tiada kesan buruk sisa proses pengilangan pada keselamatan alam sekitar.

Shopping Cart
0
Scroll to Top